HELLO!!!

Friday, 16 January 2015

Seloka Guru 2A MRSM Pasir Salak 2014

Hai korang!Hari ni saya nak tuliskan seloka yang dibuat oleh saya sendiri untuk guru-guru yang telah menabur bakti untuk mengajar kami.Terima Kasih Cikgu!!!


Ditingkat 2 situ letaknya,
17 puteri 13 putera,
Presidennya Zuhdi comel orangnya,
VPnya Aqilahgarang gila.

Disinilah bermulanya satu seloka,
Yang hendak diceritakan pada semua,
Harap tiada tersilap kata,
Kalau ada gurauan sahaja.

Inilah dia guru kelas kami,
Mengajar English setiap kali,
Orangnya cantik kurang 'angri',
Itulah Miss Izan nama diberi.

Cikgu Arfah comel orangnya,
Mengajar BM memang kerjanya,
Memang kena cara mengajarnya,
Membuat kami tidak ngantuk selamanya,

Mengajar Agama Islam itulah dia,
Ustaz KAHB nama glamournya,
Selalu buat kami ketawa,
Sampai tak tertahan kami dibuatnya.

Orangnya kecil berkaca mata,
Sentiasa ontime masuk kelasnya,
Puan Zulina diberi nama,
Mengajar Sejarah topik utama.

Mengajar Sains setiap hari,
Orangnya comel sporting sekali,
Sentiasa sempoi berpersonaliti,
Teacher Aini guru favourite kami.

Cikgu Ain seindah nama,
Orangnya cantik baik budinya,
Mengajar Matematik subjek tercinta,
Sentiasa tersenyum bertambah manisnya.

Kerjanya kemas teratur sekali,
Rajin bekerja imej tersendiri,
Itulah cikgu Rogayah nama diberi,
Subjek KH yang diajari,

Mengajar Geografi di kelas kami,
Orangnya baik handsome sekali,
Sentiasa sempoi setiap hari,
Itulah Cikgu Zainal guru sejati.

Kepada guru yang mengajar kami,
Terima kasih daun keladi,
Kami nakal itu dah pasti,
Kalian tetap menabur budi.




4 comments: