Seloka untuk guru dah buat so,sekarang ni aku nak buat untuk classmates pula.Seloka ni aku dah hantar dekat team majalah legacy maktab ,inshaallah seloka ni tersiar kot.Hope korang enjoy yek..
Seloka guru telah dibicara,
Kini tibalah giliran kita pula,
Seloka ini biasa sahaja,
Untuk hiburan korang semua.
Wan Shahira nama diberi,
Dalam kelas jadi bendahari,
Pengutip duit bukanlah ceti,
Ini orang happy-go-lucky.
Suka menyanyi dah jadi hobi,
Bila menyanyi gamat sekali,
Saiful Zuhairi nama diberi,
Taylor Swift sentiasa ada dihati.
Didalam kelas banyak bertanya,
Kalau gelak bergegar dunia,
Siapa tak kenal Ernilah orangnya,
BWP dalam kelas kita,
.
Humaira,Ain & juga Husna,
Dalam kelas tak banyak ragamnya,
Diluar kelas lain cerita,
Terkejut beruk kami dibuatnya.
Syafiq Salem gila-gila,
Kalau tak kenal maka tak cinta,
Acap pula rakan sebelahnya,
Orangnya macho sentiasa bersahaja.
Mr.Bean hensem di kelas kami,
Muhd Firdsaus handsome sekali,
Control macho empunya diri,
Aliff Imran empunya diri.
Zulaika Razli kecil orangnya,
Itu PEERS jawatan dia,
Nurul Nadhirah rakan baiknya,
Kadang lembut kadang gila.
Nurul Afiqah sebaris nama,
Subjek Matematik terer gila,
Aqilah Ahmad rakan belakangnya,
Tangan besi ku beri nama.
Raidah Aqilah nama diberi,
Sifat sporting didalam diri,
Atsilah pula cantik berseri,
Shylla Amzah dikelas kami.
Namanya diberi Aqil Zuhairi,
Dialah John dikelas kami,
Gelaran penyu dah jadi sebati,
Tak percaya?tengok sendiri.
Atiqah dan Diana duduk berdua,
Sungguh comel bila bersama,
Seorang tinggi bak ratu dunia ,
Yang sorang lagi anak manja.
Afrina dan Aisyah serasi bersama,
Didalam kelas otai sahaja,
Alia Nazifa otak geliga,
Exam gerenti pass punya.
Penyokong Jerman sudah pasti,
Ini budak dari Beseri,
Namanya Muhd Danial Mat Radzi,
Panggilan Penan juga digemari.
Orangnya kecil Haikal namanya,
Makin dipandang kecil sahaja,
Najmi pula tegas orangnya,
Itu LDP jawatan dia.
Ini orang gagah perkasa,
Muhd Idham diberi nama,
Kalau diusik pemalulah pula,
Tapi sayang sudah berpunya.
Aiman Shafik nama diberi,
Ini orang Kelantan mari,
Peminat setia KPOP namanya Mimi,
Pembikin novel yang terkini.
Ustaz pilihan di kelas kami,
Kata nasihat banyak diberi,
Namanta Abdullah Khair b. Suhaimi,
Nak kenal? datang kemari.
Seloka 2A sudah dibicara,
Buat kenangan kita semua,
Tahun ini PT3 pula,
Tolong doakan kami berjaya.
Habis seloka stop kat sini,
Harap tiada yang ambil hati,
Sebab saya saja suks suki,
Kalau terasa minta sorry.
HELLO!!!
Friday, 16 January 2015
Seloka Guru 2A MRSM Pasir Salak 2014
Hai korang!Hari ni saya nak tuliskan seloka yang dibuat oleh saya sendiri untuk guru-guru yang telah menabur bakti untuk mengajar kami.Terima Kasih Cikgu!!!
Ditingkat 2 situ letaknya,
17 puteri 13 putera,
Presidennya Zuhdi comel orangnya,
VPnya Aqilahgarang gila.
Disinilah bermulanya satu seloka,
Yang hendak diceritakan pada semua,
Harap tiada tersilap kata,
Kalau ada gurauan sahaja.
Inilah dia guru kelas kami,
Mengajar English setiap kali,
Orangnya cantik kurang 'angri',
Itulah Miss Izan nama diberi.
Cikgu Arfah comel orangnya,
Mengajar BM memang kerjanya,
Memang kena cara mengajarnya,
Membuat kami tidak ngantuk selamanya,
Mengajar Agama Islam itulah dia,
Ustaz KAHB nama glamournya,
Selalu buat kami ketawa,
Sampai tak tertahan kami dibuatnya.
Orangnya kecil berkaca mata,
Sentiasa ontime masuk kelasnya,
Puan Zulina diberi nama,
Mengajar Sejarah topik utama.
Mengajar Sains setiap hari,
Orangnya comel sporting sekali,
Sentiasa sempoi berpersonaliti,
Teacher Aini guru favourite kami.
Cikgu Ain seindah nama,
Orangnya cantik baik budinya,
Mengajar Matematik subjek tercinta,
Sentiasa tersenyum bertambah manisnya.
Kerjanya kemas teratur sekali,
Rajin bekerja imej tersendiri,
Itulah cikgu Rogayah nama diberi,
Subjek KH yang diajari,
Mengajar Geografi di kelas kami,
Orangnya baik handsome sekali,
Sentiasa sempoi setiap hari,
Itulah Cikgu Zainal guru sejati.
Kepada guru yang mengajar kami,
Terima kasih daun keladi,
Kami nakal itu dah pasti,
Kalian tetap menabur budi.
Ditingkat 2 situ letaknya,
17 puteri 13 putera,
Presidennya Zuhdi comel orangnya,
VPnya Aqilahgarang gila.
Disinilah bermulanya satu seloka,
Yang hendak diceritakan pada semua,
Harap tiada tersilap kata,
Kalau ada gurauan sahaja.
Inilah dia guru kelas kami,
Mengajar English setiap kali,
Orangnya cantik kurang 'angri',
Itulah Miss Izan nama diberi.
Cikgu Arfah comel orangnya,
Mengajar BM memang kerjanya,
Memang kena cara mengajarnya,
Membuat kami tidak ngantuk selamanya,
Mengajar Agama Islam itulah dia,
Ustaz KAHB nama glamournya,
Selalu buat kami ketawa,
Sampai tak tertahan kami dibuatnya.
Orangnya kecil berkaca mata,
Sentiasa ontime masuk kelasnya,
Puan Zulina diberi nama,
Mengajar Sejarah topik utama.
Mengajar Sains setiap hari,
Orangnya comel sporting sekali,
Sentiasa sempoi berpersonaliti,
Teacher Aini guru favourite kami.
Cikgu Ain seindah nama,
Orangnya cantik baik budinya,
Mengajar Matematik subjek tercinta,
Sentiasa tersenyum bertambah manisnya.
Kerjanya kemas teratur sekali,
Rajin bekerja imej tersendiri,
Itulah cikgu Rogayah nama diberi,
Subjek KH yang diajari,
Mengajar Geografi di kelas kami,
Orangnya baik handsome sekali,
Sentiasa sempoi setiap hari,
Itulah Cikgu Zainal guru sejati.
Kepada guru yang mengajar kami,
Terima kasih daun keladi,
Kami nakal itu dah pasti,
Kalian tetap menabur budi.
Subscribe to:
Comments (Atom)